Kepentingan alam sekitar

Posted: May 1, 2013 in Uncategorized
lam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Kepentingan-kepentingannya adalah:-
  • Kesihatan manusia terjamin
  • Tarikan pelancong asing
  • Pembekalan udara yang segar
  • Ekosistem yang stabil
  • Habitat hidupan darat dan air terpelihara
  • Mengelakkan kepupusan
Advertisements

 

Picture Hari Alam Sekitar Sedunia atau World Environment Day disambut pada 5 Jun setiap tahun. Hari Alam Sekitar Sedunia telah dilancarkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1972 dan Program Persekitaran PBB (UNEP) juga ditubuhkan pada tahun yang sama untuk membangkitkan kesedaran mengenai alam sekitar dan menarik perhatian politik dan tindakan awam.

Masyarakat Malaysia tidak cakna dan prihatin kewujudan Hari Alam Sekitar Sedunia ini  kerana mereka tengah menggaru kepala memikirkan kenaikan harga minyak yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Seharusnya masyarakat mengorak langkah menjadikan Hari Alam Sekitar Sedunia sebagai hari mentajdidkan semangat mengharmonikan dan melestarikan alam sekitar. Cukup banyak isu-isu yang berhubung dengan alam sekitar yang menjadi paparan utama arus media perdana negara. Media-media ini menjuarai isu-isu alam sekitar yang telah dinodai oleh tangan-tangan rakus masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Kebertanggungjawaban media ini dapat dilihat seperti akhbar-akhar tempatan yang meletakkan ruangan Alam Sekitar, media TV3 yang menjadikan Karam Singh Walia sebagai wartawan yang membawa isu alam sekitar di Malaysia yang.

Alam Sekitar

Posted: May 1, 2013 in Uncategorized
Alam Sekitar

Dasar Alam Sekitar Negara, Dasar Perubahan Iklim Negara dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah asas pengurusan alam sekitar di negara kita. Jabatan Alam Sekitar (JAS) menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar manakala Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (BPASPI), NRE bertanggungjawab untuk dasar-dasar yang berkaitan dengan perubahan alam sekitar dan iklim seperti Dasar Alam Sekitar Kebangsaan dan Dasar Perubahan Iklim Negara.Untuk melaksanakan program-program alam sekitar atau projek-projek yang memberi manfaat kepada persekitaran global secara berkesan, NRE juga mengoptimumkan sumber-sumber di samping memastikan bahawa obligasi antarabangsa kewangan negara-negara di pelbagai konvensyen alam sekitar antarabangsa bersatu untuk mengekalkan imej baik negara.